Tuesday, July 22, 2008

Abang E Kena Operate

Hari Khamis 17/6/08, Bang E call aku. Dia beritahu yang dia sedang berada di PSPN Jalan Kepuk, Shah Alam. Katanya lagi, dia dari semalam kononnya mai kursus dan taklimat, tapi dari semalam juga tak masuk-masuk kursus sebab tengah sakit.


Dengar dia sakit, aku pun pi jumpa dia kat sana. Sampai saje aku, dia terus mai kat kereta dan minta aku bawa dia carikan Pabadol Soluble. Aku pun pi le dengan dia cari. Last sekali jumpa le kedai 99 Speedmart. Kedai tu bersebelah dengan klinik. Aku ajak juga Bang E pi terus ke klinik tu tapi dia tak mau.


Balik dari beli Panadol tu, Bang E terus belasah dua biji Panadol. Tapi ni lah kali pertama aku tengok abg sulung aku ni tahan sakit. Hulamak, kelupok sana, kelupok sini. Tak sampai hati aku nak tengok.

Abang E yang aku kenai kuat cakap dia, tapi hari ni sedih sungguh aku tengok. Dalam hati aku tak berenti-renti ucap dan doakan Allahhummasfi minta segera disembuhkan dia. Tapi mungkin aku ni pun jenis tak berapa warak sangat, doa aku kurang makbul. Sampai aku nak balik, Bang E masih dok tahan sakit.

Bagaimanapun, malam 19/7/2008 aku dapat SMS dari K.Long, bang E selamat dioperate malam ni juga jam 3.00 pagi. Sakitnya adalah appendiks dan bukannya batu karang sepertimana jangkaan awal yang aku dengan bang E dok jangka .

No comments: