Start 27/7/08, Haziq mula kena sakit mata. Mama bawa dia ambil ubat di klinik Alam Medik. Kesian dia. Keesokannya, mama ambil cuti sebab nak jaga dia. Tapi malangnya, malam tu mama pula kena jangkit. Bengkak mata kedua-dua mereka.
Tapi lebih malang lagi, bangun pagi tadi, Khairina dengan Syazlina pun berjangkit sekali. Tinggal yang masih kebal cuma papa, Yana dan Aleya sahaja.
Sepanjang sehari ini pula saya terpaksa melayan pesakit-pesakit ini tolong bawa pi klinik dan letakkan ubat ke mata masing-masing.
Harapan saya, janganlah sakit mata ni berjangkit kat Aleya. Kesian dia kalau terkena sebab dia kecik lagi.
Catatan Hidup Hari Ini Tiada Nilainya Pada hari Yang Sama, Tetapi Pada Masa Depan, Kemungkinan Ada Yang Sanggup Membayar Untuk Membacanya..
Tuesday, July 29, 2008
Aleya Di Kenduri Kak E's
Monday, July 28, 2008
Berkelah Di Bukit Belacan
20/7/2008, Pak Su ajak kami sekeluarga join pi berkelah di Bukit Belacan. Mula-mula rasa malas juga nak sertai memikirkan duit tengah sengkek tapi pikiaq punye pikiaq, join le jugak.
Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga berkelah di sini. Rupanya, tempat perkelahan ini letaknya tengah-tengah bandaraya KL. Lepas saje De Palma Ampang, terus saje seterus-terusnya. Parking dikenakan bayaran RM 2/kereta dan masuk setiap dewasa RM 1 saje.
Sungainye boleh than bersihnya. Dah tu dihiburkan pula oleh monyet-monyet jinak di sana. Best.......
Insya allah, aku akan ke sana sekali lagi bersama keluarga sebelah aku pulak.

Rumahku Bertukar Warna
Disebabkan tak de ape nak buat, aku ambil keputusan ubah interior design rumah aku. Perati punye perati, dalam dompet ada lagi RM 250.00. Hah apa lagi, ke kedai hardware beli cat le aku.
Dok depan colour cart tu aku jadi pening. Tak tau nak pilih warna apa. Ikut hati sajelah. Last-last aku pi pilih warna biru cair. (Sedangkan dah lama aku dok teringin nak cat warna hijau pudar). Cat JOTUN tu kosnya RM 114.00/5 liter.
Balik aku terus cat dinding rumah. Sekali lagi aku pening, tak tau nak bezakan samada design yang lama lagi elok ke atau cat yang tengah aku projek kan ini. Tapi alang-alang dah beli perabih sajelah.
Ha.. apa pandangan korang semua dengan warna terbaru rumah aku, Sila komen. Gambar atas tu adalah warna dinding baru rumah aku dan gambar bawah tu adalah dinding lama berbelang-belang rumah aku.
Tuesday, July 22, 2008
Abang E Kena Operate
Hari Khamis 17/6/08, Bang E call aku. Dia beritahu yang dia sedang berada di PSPN Jalan Kepuk, Shah Alam. Katanya lagi, dia dari semalam kononnya mai kursus dan taklimat, tapi dari semalam juga tak masuk-masuk kursus sebab tengah sakit.
Dengar dia sakit, aku pun pi jumpa dia kat sana. Sampai saje aku, dia terus mai kat kereta dan minta aku bawa dia carikan Pabadol Soluble. Aku pun pi le dengan dia cari. Last sekali jumpa le kedai 99 Speedmart. Kedai tu bersebelah dengan klinik. Aku ajak juga Bang E pi terus ke klinik tu tapi dia tak mau.
Balik dari beli Panadol tu, Bang E terus belasah dua biji Panadol. Tapi ni lah kali pertama aku tengok abg sulung aku ni tahan sakit. Hulamak, kelupok sana, kelupok sini. Tak sampai hati aku nak tengok.
Abang E yang aku kenai kuat cakap dia, tapi hari ni sedih sungguh aku tengok. Dalam hati aku tak berenti-renti ucap dan doakan Allahhummasfi minta segera disembuhkan dia. Tapi mungkin aku ni pun jenis tak berapa warak sangat, doa aku kurang makbul. Sampai aku nak balik, Bang E masih dok tahan sakit.
Bagaimanapun, malam 19/7/2008 aku dapat SMS dari K.Long, bang E selamat dioperate malam ni juga jam 3.00 pagi. Sakitnya adalah appendiks dan bukannya batu karang sepertimana jangkaan awal yang aku dengan bang E dok jangka .

Subscribe to:
Posts (Atom)