Hari ini, saya sembahyang Jumaat di Masjid KLCC. Pukul 12.40 lagi saya dah sampai. Punca saya bersembahyang di sini hari ini adalah kerana tak sengaja terjumpa masjid ini sedang saya dalam perjalanan nak ke Pameran SMIDEC 2008.
Sebelum masuk waktu sembahyang Jumaat. ada sorang penceramah. Ustaz apa nama saya pun tak ingat. Tapi isi ceramah dia sangat-sangat saya ingat. Katanya ...
Kita kalau percaya dan beriman dengan Allah, mestilah sentiasa bergantung dengan Allah sentiasa. Caranya ialah kita jangan berenti-berenti berdoa dengan Allah. Biar apa yang kita minta dalam doa kita dipenuhi Allah terus, maupun look like tak de ape-ape pun, jangan sekali-kali berputus asa dan berhenti berdoa. Ustaz tu juga mengkiaskan, apa yang dipohon oleh kita, sekiranya dipenuhi terus oleh Allah, itu mungkin baik terhadap kita, tetapi jikapun apa yang dipohon oleh kita tak dimakbulkan terus, maknanya itu pun pastinya baik untuk kita.
Ustaz tu juga memberikan contoh seperti ini. Andaikan kita sebagai seorang ayah, jika anak kita minta duit nak beli buku akademik, kemungkinan besar secepat kilat kita tunaikan hasratnya. Berikan duit keperluannya sebabnya pada fikiran kita dan juga fikiran anak tersebut, membeli buku akademik baik.
contoh kedua, anak kita yang baru selesai bergaduh dengan kawan-kawannya dan dia mengalami kekalahan, dalam keadaan menangis-nangis, pulang kerumah berjumpa kita dan minta dibekalkan pistol dan peluru sebab nak pergi balas dendam terhadap kawan-kawannya yang bergaduh tadi. Pada pandangan anak kita tadi, sepastinya keputusannya adalah terbaik, tetapi ... bagaimana pada fikiran kita. Sepastinya kita yang berfikiran lebih matang dan waras tidak akan tunaikan keperluan anak kita tersebut. Jadinya, perkara ini samalah sepertimana tunai / tidak tunainya permohonan doa kita oleh Allah.
Sekian, renung-renungkan lah.....
No comments:
Post a Comment