Sunday, June 29, 2008

Futsal Bersama Zahid

Nampak tak dan kenal tak mamat yang baju biru kat tengah-tengah gelanggang futsal ni. Mesti kenal punye kan. Itulah artis glemer yang bernama Zahid AF2. Hari ini aku berpeluang melihat dengan mata kepala aku sendiri Mr Zahid ni main futsal bersama-sama. Kelibat ini dirakamkan di The Curve, Mutiara Damansara. Dan hakikatnya, aku main rasanya lebih baik dari dia. Ha... Ha... Ha...

Edrina Khairina

Nampak tak keletah anakku ini. Baru umur 4 tahun, tapi gerak bahasa percakapannya tak ubah, sebijik mewarisi sifat-sifat Tok Jah dia. Menurut makcik tukang mengasuh dia, dari mula sampai rumah pengasuh hingga masa nak balik, dia tak akan berenti bercakap dan bercerita dari satu perkara ke perkara lain.


Dari segi perangai pulak, entah dari gen mana tak tau, dialah sorang-sorangnya anak aku yang mesti dengar cakap dia saja. Mengalah tak de langsung dalam kamus hidup dia. Kalau nak A tetap A juga. Tak de B dan tak mungkin C. Anyhow, dialah penyeri hidup kami sekeluarga. Tanpanya sunyi dunia kami.

Impian Terlaksana

Bergambar kenangan dengan kereta terbaru "Nissan FairLady" yang menjadi idaman Haziq dan adik-adiknya. Itulah anak-anakku yang sentiasa impikan benda-benda kemewahan selari dengan status Uptown Boy dan Uptown Girls. Padan muka Papa & Mama.

Saturday, June 28, 2008

Kenangan 2005

Gambar di ambil di rumah mak & abah di Kg Feeder 5 sempena sambutan hari raya aidil fitri. Masa ini 4 orang anak termasuk Yana, Syazlina, Haziq dan Khairina.

Friday, June 13, 2008

Adik-Adik Ku

Dalam seminggu dua ni, rumah aku tak lekang dari kunjungan adik-beradik aku.

Mula dari lepas kenduri di kampung, sempena berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Adik fathi nak ikut aku sama-sama mai rumah. Nak berehat katanya. Alhamdulillah, tak pernah-pernah dia ni nak mai sorang-sorang, tapi kali ni tergerak juga dia nak lepak rumah abang dia ni.

Tambah terharu lagi, masa mula nak mai tu, berlaku sedikit perebutan dan berbelah bahagi dik Fathi antara nak ikut abang dia mai Key El atau nak ikut Kak Syaf dia pi Lata Bayu. Tapi atas keputusan dia sanggup tak pi Lata Bayu dan tetap ikut aku, maka aku gantikan Lata Bayu dengan lawatan ke Mini Garden Zoo kat Changloon. Lagi best wooo....

Lepas sahaja adik fathi balik, Adik Mie pulak sampai. Terharu sungguh aku, dari mula sampai hingga balik, dok saje dia kat rumah aku. Suruh juga pi rumah adik beradik hak lain, tapi dia tetap buat bodo. Nak suruh sangat-sangat nanti kata halau pulak, sedangkan dalam hati, aku pun memang suka sangat kalau depa-depa ni terus syok lepak rumah aku yang tak seberapa ni.

Tak dan dik Mie nak balik, Adik Hapis pulak sampai. Walaupun dia lepak sat sahaja, tapi cukuplah untuk aku mentafsirkan adik-adik aku ni masih anggap abang depa ni jenis paling selamba dan boleh buat kawan.


Untuk semua, terima kasih banyak-banyak.

Friday, June 6, 2008

Khutbah Jumaah Masjid KLCC

Hari ini, saya sembahyang Jumaat di Masjid KLCC. Pukul 12.40 lagi saya dah sampai. Punca saya bersembahyang di sini hari ini adalah kerana tak sengaja terjumpa masjid ini sedang saya dalam perjalanan nak ke Pameran SMIDEC 2008.
Sebelum masuk waktu sembahyang Jumaat. ada sorang penceramah. Ustaz apa nama saya pun tak ingat. Tapi isi ceramah dia sangat-sangat saya ingat. Katanya ...
Kita kalau percaya dan beriman dengan Allah, mestilah sentiasa bergantung dengan Allah sentiasa. Caranya ialah kita jangan berenti-berenti berdoa dengan Allah. Biar apa yang kita minta dalam doa kita dipenuhi Allah terus, maupun look like tak de ape-ape pun, jangan sekali-kali berputus asa dan berhenti berdoa. Ustaz tu juga mengkiaskan, apa yang dipohon oleh kita, sekiranya dipenuhi terus oleh Allah, itu mungkin baik terhadap kita, tetapi jikapun apa yang dipohon oleh kita tak dimakbulkan terus, maknanya itu pun pastinya baik untuk kita.
Ustaz tu juga memberikan contoh seperti ini. Andaikan kita sebagai seorang ayah, jika anak kita minta duit nak beli buku akademik, kemungkinan besar secepat kilat kita tunaikan hasratnya. Berikan duit keperluannya sebabnya pada fikiran kita dan juga fikiran anak tersebut, membeli buku akademik baik.
contoh kedua, anak kita yang baru selesai bergaduh dengan kawan-kawannya dan dia mengalami kekalahan, dalam keadaan menangis-nangis, pulang kerumah berjumpa kita dan minta dibekalkan pistol dan peluru sebab nak pergi balas dendam terhadap kawan-kawannya yang bergaduh tadi. Pada pandangan anak kita tadi, sepastinya keputusannya adalah terbaik, tetapi ... bagaimana pada fikiran kita. Sepastinya kita yang berfikiran lebih matang dan waras tidak akan tunaikan keperluan anak kita tersebut. Jadinya, perkara ini samalah sepertimana tunai / tidak tunainya permohonan doa kita oleh Allah.
Sekian, renung-renungkan lah.....