Sunday, September 13, 2009

KB 8531

Ingat tak ? Dua tiga hari lepas saya ada postkan satu gambar dulang tembaga kepunyaan keluarga yang telah dibersihkan dan digilapkan semula. Rupanya, gambar tersebut mendapat komentar yang amat mengujakan dari kalangan ahli JahPaQ. Tak ketinggalan, Abang Zulkhairi pun sama-sama menyumbang komentar. Hasilnya, beliau forwardkan gambar motor abah yang pertama yang menjadi sejarah kehidupan keluarga kami dari kecik hingga sekarang.

Motor KB8531 ni adalah motor Honda Cup 50cc. Dibeli oleh abah dari Tok Wa Ya (Arwah Zakaria Bin Osman - bapak saudara sulung abah). Kalau tak silap sekitar hujung 60an. Motor nilah yang 100% digunakan sebagai transport keluarga sampailah pada pada 1984 baru ditambah dengan motor lain PAX 8323.

Motor KB 8531 ni lama dok terbenam dalam stor bangsal belakang rumah sampailah Abang Zulkhairi kutip dan buat balik macam warna hijau tu.


Terima kasih Abang Zulkhairi sebab menyimpan kenangan. Hak lain tu tak penting sangat, yang sayang sangat tu tang Nombor Dia tu....

Friday, September 11, 2009

Abah & Mak

Nak kenal tak siapa ? Inilah Haji Jaafar Bin Pin. Dilahirkan pada 9/1/1946. Cucu kepada Tok Seman Benua ini mempunyai latarbelakang yang akan saya terbitkan ebook dalam masa terdekat.


Ini pula adalah Hajjah Zainab Binti Hashim. Ianya juga dikenali sebagai Jah sebagai nama panggilannya. Terdapat sejarah yang akan diceritakan berkenaan nama panggilan ini. Juga boleh dibaca di dalam ebook yang akan diterbitkan sedikit masa lagi.

Klik Disini untuk melihat lebih banyak gambar lagi.

Masa kemas loteng atas rumah di Kodiang tempohari, aku terjumpa dulang mak ni. Kalau tak silap, dulang ni mak bawa balik dari Mekah.

Punyalah tak cantik dulang ni masa tu. Aku pun teringin nak ambik sebab tahu kalau biar saje tentunya ianya akan jadi satu benda yang tak berguna pun.

Balik di KL, aku suruh staf-staf aku simpan hampas asam jawa kalau mereka buat Kordial Asam dikilang nanti. Atas kerjasama staff aku Salim & Agus, mereka dah bekalkan aku hampas asam jawa sampai sebaldi. Nampak tak tempelan asam jawa di bahagian atas dulang tu.

Selepas berhari-hari menyental, nak tengok tak hasilnya

Thursday, September 10, 2009

Cucu & AtokSu



Malam Ahad (6/9/09), kami sekeluarga berbuka di rumah Mak Tok (AmanPutra). Seperti kelaziman, keluarga aku mesti keluarga paling last sampai. Bila kami sampai orang lain semua dah berbuka.
Pelbagai hidangan juadah ada. Kami bawa roti jala sedulang. Petang tadi sekeluarga buat. Tah macam mana tah tiba-tiba pulak Mama tergerak hati nak buat roti jala. Nah..Hah... sekilo tepung di hentam. Kuah tak sempat buat, beli saje kat kedai mamak.
Antara yang hadir termasuklah keluarga Syareen, keluarga Adik Shahariah, Uncle Zai dengan Orang Putih mana tah, Madie dan Waie, Mak Su dan Pak Su mesti punye, Mak Yak.
Gambar : Aleya & Khairina menerai motor Tok Su Hasnol.

Monday, August 31, 2009

Ramainya !!!!!


Ni raya tahun 2008. Antara keturunan Tok Puan @ Tok Teh Bt Hj Ahmad.

Fullamah, Kurus Keding Le Lepas Ni...

Aku manage program Senamrobik untuk menyatu padukan masyarakat Merak Apartment ni. Niat aku sepanjang memegang jawatan dalam Persatuan Warga Merak Apartment ni, biarlah penduduk-penduduknya harmoni dan saling kenal mengenal.

Alhamdulillah, bini aku yang selama ni tak pernah nak join sebarang aktiviti juga, kali ini menunjukkan komitmen.

Friday, August 28, 2009

Tazkirah Terawih Malam Ke 6

Malam ke 6 ni, kalau tak silap penceramahnya Ustaz Sharir Long dari Tahfiz Mutmainah. Dia berceramah tentang syarat-syarat nak masuk Syurga. Katanya, kemasukan ke syurga BUKAN disebabkan ibadat yang kita kerjakan tetapi hanyalah dari RAHMAT Allah semata-mata.

Untuk mendapat RAHMAT Allah, 3 perkara kita perlu laksanakan :

1. Jangan ingkar dan tidak patuh kepada sunnah Nabi Muhammad saw. (Orang yang complete kerjakan semua ibadah sekalipun, namun dia membenci Rasullallah, orang ini adalah munafik dan haram dia menjejak kaki kesyurga: Rujuk kisah Ubaidullah .. yang mana Allah larang Nabi dan sahabat menyembahyang jenazahnya walaupun hidup didunianya, dia kelihatannya amat alim kerjakan segala ibadat).

2. Mestilah berjihat dijalan Allah (Fisabilillah). Sekurang-kurangnya dalam hati, mesti terdetik berjihat di jalan Allah. Umpamanya menentang sebarang kezaliman dan kemungkaran yang bercanggah dengan Islam. Jangan dok bersubahat. Jika hukum Allah disanggah dan dipermainkan, jangan dok sama-sama angguk setuju.

3. Pun Terlupa ( Inilah aku, selang sehari pun lupa... bayangkan kalau dah 40 hari aku tak join tazkirah/ceramah, sure kosong sekosong kosongnya jiwa aku ni). Tak pe, kalau ingat nanti saya sambung.

Thursday, August 27, 2009

Tazkirah Terawih 5 Ramadhan

Semalam, semasa sembahyang Terawih di Masjid Taman Subang Perdana, Ustaz yang bagi ceramah tu ada beritahu perbezaan antara sembahyang yang dibuat hanya sebagai ADAT berbanding mendirikan sembahyang yang dibuat kerana IBADAT.

Katanya, sembahyang yang mempunyai ciri-ciri berikut baru dikatakan sembahyang yang didirikan untuk tujuan ibadah :
1. Didirikan bukan hanya dibulan Ramadhan semata, tetapi haruslah pada sepanjang masa tak kira Ramadhan, Syawal, Saaban atau mana-mana bulan.
2.Kalau setakat bulan Ramadhan sahaja berduyun-duyun datang masjid, itupun sekadar nak jemaah terawih saje, sedangkan Magrib tadi pun tak sembahyang, jelas sekali sembahyang terawih tersebut betul-betul kerana Adat semata.

6 perkara yang perlu dititik beratkan untuk jadikan sembahyang itu ibadah adalah:

1. Sembahyang jangan ditinggalkan langsung, walau satu waktu sepanjang hidup.
2.Mesti mendirikan sembahyang diawal-awal masuk waktu.
3.Sembahyang mesti dilakukan dirumah Allah.
4.Mesti didirikan secara berjemaah (bagi sembahyang Fardu)
5.Dirikan sembahyang secara khusuk bacaan, perbuatan dan hati
6.Terlupa (melayu mudah lupa)...(28/8/09),,,Dah ingat dah: Semabahyang tersebut mestilah lebih baik dari masa ke semasa dan diperbaiki dari setiap sudut. Jangan dok Qulhuallah dan Tabbat sahaja surah yang dibaca dari umur 7 tahun sampai 70 tahun.

Wednesday, August 26, 2009

Deng Deng Dennng, Dah Kembali



Ha..Haaa. Tengok ni, masa remaja kau. Heee...Heee. Bergaya lah konon. Posing maut tu. Chewah, posisi mengiring ayu gitu..

Gambar ni dikutip atas stor loteng rumah kita masa balik kampung sempena sambut ramadhan 2009. Nasib baik album buruk ini dijumpai. Kalau tidak rasanya, gambar ini akan terus musnah kot dalam setahun dua lagi. Tak sempat lah kita nak kutuk-kutuk Kak Mila kalau gambar ni dah tak wujud.

Sengaja dikekalkan tahap kerosakannya tanpa sebarang editing untuk mengekalkan orininalitynya.

Saturday, April 4, 2009

REFRESH SEMANGAT

Rasanya dah lama saya tak update blog ini. Tapi hari ni semangat nak aktif semula update blog ni mula membiak semula.

Kepada pengunjung-pengunjung yang hampir bosan nak mengunjungi lagi blog ni, bolehlah mula kembali melayarinya. Info-info baru akan mula dikemaskinikan.

Dikesempatan ini saya memohon maaf kerana kealpaan sebelum ini.