Tuesday, May 13, 2008

Reflexsology Oleh Uncle Ezanee

Ribuan terima kasih kepada Uncle Dr Ezanee atas jasa uncle membantu merawat adik Khairul Badriah (KB) pada 8/5/2008 yang lalu.

Kepakaran dan pengetahuan Uncle terbukti amat berkesan. Bayangkan KB yang dah lebih sebulan kesakitan dan seakan tidak dapat menggerakkan tangan kanannya kerana trauma kesakitan, selepas urutan dari Dr Ezanee (dari 11.00 am - 1.30 pm), kesakitan KB telah berkurangan dan reda.

Atas kebuktian tersebut, saya memohon agar Allah dapat menyegerakan kelapangan kepadaku agar dapat mula menuntut ilmu dari Uncle ku ni secepat mungkin.

Anyhow, terima kasih sekali lagi kepada Uncle Ezanee dan Untie Non yang membantu dan tak nak dibayar pulak tu....

Ilyana Ujibakat Tom-Tom Bak











Pada hari Sabtu 10/5/2008, Edrina Ilyana dan rakan-rakannya (sepastinya termasuk Fitrin) telah seawal pagi lagi telah bangun untuk sama-sama mencuba nasib menyertai uji bakat Tom-Tom Bak anjuran Astro.
Pengalaman yang disebut-sebut dan menjadi kebanggaan Ilyana menerusi acara ini ialah kesempatannya bertemu sendiri secara life dengan Uncle Aznil, Mawi, Rizal, Fatin AF dan ramai artis-artis lain.
Biar apa pun bidang diceburi di masa depan, harap Ilyana dapat menjaga maruah diri dan sentiasa patuh arahan agama ISLAM.


Friday, May 2, 2008

Pukau melalui telefon bimbit

PUKAU didefinisikan sebagai jampi serapah bertujuan memabukkan atau
membuat orang tidur. Akibat dipukau, mangsa boleh mengalami trauma dan
bingung kerana tidak mengingati apa yang berlaku.

Taktik pukau yang digunakan penjenayah ada pelbagai cara dan kaedah
bertujuan memastikan mangsa mengikut arahan sama ada tanpa sedar atau
separuh sedar.

Antaranya yang biasa kedengaran adalah seperti menggunakan duit
syiling, merenung mata, menghembus asap rokok, menepuk bahu dan
bermacam-macam-macam lagi yang semuanya mengehendaki kaki pukau berhadapan secara
bersemuka dengan mangsa.

Setelah kaki pukau itu menghilangkan diri, mangsa yang pulih daripada
dikuasai secara fizikal dan mental terpinga-pinga mengingati semula
kejadian yang menimpa dirinya.

Namun, yang terbaru dan tersebar melalui e-mel menceritakan ada kes
yang mengatakan pukau dilakukan dengan hanya berbual di talian telefon.
Sedangkan dalam banyak kes yang dilaporkan sebelum ini, pukau hanya
berlaku secara berhadapan.

Penulis e-mel itu hanya dikenali sebagai Yaya menceritakan bagaimana
seorang rakan baiknya dipukau melalui kaedah itu. Menurut Yaya, rakannya
menerima panggilan daripada seseorang yang kononnya daripada ibu
pejabat sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka.

Pemanggil itu meminta nama dengan alasan rakannya telah memenangi
peraduan anjuran syarikat berkenaan. Rakannya berasa pelik kerana nombor
yang tertera di skrin telefon bukanlah dari panggilan tempatan. Namun
selepas dia menyebut namanya, rakan itu seolah-olah hilang ingatan seketika
dan tidak sedar apa yang dilakukannya selepas itu.

Berdasarkan kepada laporan itu, rakan Yaya itu dikatakan telah
mengeluarkan wangnya berjumlah RM2,600 dari mesin ATM dan memasukkannya ke
dalam akaun pemanggil.

Bukan itu sahaja, rakannya juga disuruh membeli nilai tambah untuk
telefon bimbit lelaki itu segala yang disuruh tanpa sebarang bantahan.
Setelah agak lama ia berlaku, akhirnya rakan itu tersedar

Thursday, May 1, 2008

Kenangan 1981


Di belakang tu Pak Ngah Li Ladang Tebu dan Kak Chaq, Didepan dari kiri : Aku, mak Cik Na, Ngah Pah sedang riba Adik Fazli, Kak Cik Yah dan Dik Zura. Aku ingat lagi, Pak Ndak Razak yang tangkap gambar ni dan peristiwa yang paling best dalam kenangan aku adalah, semasa nak menjayakan ambil gambar ni, aku buat malu-malu kucing sampai dekat 10 minit depa-depa ni dok pujuk aku minta join dalam gambar ni. Masa tu rumah tok Nah masih berkembar dengan rumah Nyang Mah. Penghubung kedua-dua rumah tu adalah beranda yang ada tangga nak turun dan bawah rumah Tok Nah/Wan Din tu, Pak lang buat bengkel perabut.

1977



Bang E, Aku dan Kak Chaq bergambar pada tahun 1977 di kedai gambar. Mungkin kedai gambar tu di Jitra atau Kodiang. Ini berdasarkan penerangan Mak terhadap gambar ini. Ianya diambil pada hari dimana perkhidmatan bas bermula bagi perjalanan yang lalu di jalan Kodiang - Sanglang. Any komen ....

Inilah Edrina Aleya Shafina Binti Ahmad Badri. Puteri ini dilahirkan pada 05/06/07 (567) pada jam 3.45 (345) petang di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam Selangor. Bercita-cita menjadi juara Akademi Fantasia ke 20 nanti. Nantikan....


Tips Hubungan Ibubapa Dengan Anak

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang
baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama
panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari
akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan
anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman,
hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan
baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat
silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah ker ja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang
penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan
kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran
untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan
menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar
menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
12.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka
mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila
anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka
dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia
mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan ker ja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa
kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan ker esahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound
effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula
yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk
mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar ker ana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak ker ana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Persoalan Gihibah Secara Umum

أَتَدْرُوْنَ مَا الْغِيْبَةُ ؟ قَالُوْا الله ورسولُهُ أَعْلَمُ . قَالَ : ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيْلَ : أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِيْ أَخِيْ مَا أَقُوْلُ ، قَالَ : إِنْ كَانَ فِيْهِ مَا تَقُوْلُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيْهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Bagaimana pendapat kamu jika apa yang aku katakan ada pada orang itu? Baginda menjawab: Engkau telah menghibah dia tetapi bila tidak ada padanya maka engkau telah berdusta kepadanya”. (Hadis Riwayat Muslim)Erti ghibah atau umpat (mengumpat) ialah: Kata-kata yang bermaksud untuk menodai nama orang (merugikan orang). Kata-kata mengeji (mengejek). (Lihat: KAMUS DEWAN, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka) Atau memperkatakan tentang keburukan orang lain di belakangnya yang tidak disukai oleh orang tersebut. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menjelaskan erti ghibah dengan sabdanya:
أَنْ تَذْكُرَ الرَّجُلُ بِمَا فِيْهِ مِنْ خَلْفِهِ

Ghibah adalah engkau menyebut-nyebut seseorang tentang apa yang ada padanya dari belakangnya (tanpa diketahuinya)” . (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)
أَلْغِيْبَةٌ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بَمَا يَكْرَهُ

Ghibah ialah engkau menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang dia tidak disukainya”. (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)Setiap mukmin wajib mengetahui hakikat ghibah agar tidak diperangkap oleh iblis (talbisu-iblis-تلبيس ابليس) melalui ghibah yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ghibah yang haram atau yang batil wajib ditinggalkan. Namun para ulama Salaf as-Soleh tidak mengharamkan secara mutlak semua jenis ghibah, sama ada ghibah yang melalui perkataan, kritikan, tulisan, ucapan, perbuatan dan sebagainya.Secara umumnya, ghibah adalah dilarang sebagaimana dalil berikut,Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka (kecurigaan) , kerana sebahagian dari pra-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (al-Hujurat 49: 12)Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela…” (al-Humazah 104: 1)Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Utsman dan Ibnu Umar berkata: "Masih segar terdengar di telinga kami bahwa ayat ini (104: 1, 2) turun berkenaan dengan Ubay bin Khalaf, seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan menghina Rasul dengan kekayaannya. " (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari Utsman dan Ibnu Umar)Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat ini (104: 1, 2, 3) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang. Ayat ini turun berkenaan sebagai teguran terhadap perbuatan seperti itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari as-Suddi)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat ini (104:1-3) turun berkenaan dengan Jamil bin Amir al-Jumbi seorang tokoh musyrik yang selalu mengejek dan menghina orang. (Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari seorang suku Riqqah)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Ummayah bin Khalaf selalu mencela dan menghina Rasulullah apabila berjumpa dengannya. Maka Allah menurunkan ayat ini (104: sampai akhir surat) sebagai ancaman siksa yang sangat dahsyat terhadap orang-orang yang mempunyai anggapan dan berbuat seperti itu. (Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Ishaq)Ghibah (Mengumpat) Yang DibenarkanPara ulama Salaf as-Soleh telah menghalalkan ghibah dalam beberapa hal:Pertama: Dibolehkan menghibah, mengkritik keburukan, kesesatan, kekufuran, penyimpangan dan kenifakan para penyesat. Iaitu dengan niat untuk memberikan peringatan dan nasihat kepada umat Islam agar berwaspada terhadap mereka. Malah menurut kesepakatan ulama, dibolehkan menghibah dan menyebut bid’ah dan keburukan mereka supaya menjadi peringatan kepada orang-orang yang beriman agar menjauhi mereka dan bid’ah-bid’ahnya. Amalan inilah yang dipilih oleh Imam Ahmad rahimahullah sebagaimana yang dapat difahami dari jawapan beliau ketika ditanya:
قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ بَنْدَار الْجرْجَانِي للا مَامِ اَحْمَد : اِنَّهُ لَيَشْتَدُّ عَلَيَّ اَنْ اَقُوْلَ : فُلاَنٌ كَذَا وَفُلاَنٌ كَذَا ، فَقَالَ اَحْمَدُ : اِذَا سَكَتَّ اَنْتَ وَسَكَتُّ اَنَا , فَمَتَى يَعْرِفُ الْجَاهِلُ الصَّحِيْحَ مِنَ السَّقِيْمِ ؟

Telah bertanya Muhammad bin Bandar al-Jurjani kepada Imam Ahmad: Sesungguhnya amat berat bagiku untuk mengatakan: Si Fulan itu begini dan Si Fulan itu begini. Maka berkata Imam Ahmad: Jika engkau mendiamkan diri dan aku mendiamkan diri, maka bilakah Si Jahil akan mengetahui yang benar dan yang keji (yang berpenyakit di hatinya)?” (Lihat: مجموع الفتاوى 28/231. Ibnu Taimiyah. Lihat: شرح علل الترمزي , 1/350)Imam Ahmad dengan ketegasannya menghibah (menceritakan keburukan) seseorang ahli bid’ah jika sudah jelas bid’ahnya. Beliau ditanya berkenaan Husin al-Karabisi (ahli bid’ah), beliau menjawab:
هُوَ مُبْتَدِعٌ

Dia Ahli Bidaah. (Lihat: تاريخ بغداد 8/65-66)Di jalur riwayat yang lain, Imam Ahmad berkata:
اِيَّاك ، اِيَّاكَ وَحُسَيْنُ الْكَرَابِيْسِي ، لاَ تُكلّمهُ ، وَلاَ تكلم مَنْ يُكَلِّمَهُ

Hati-hati, hati-hatilah terhadap Husin al-Karabisi, janganlah engkau bercakap dengannya, janganlah engkau bercakap dengan orang yang berbual dengannya!”. (Lihat: تاريخ بغداد 8/65-66)Menurut Imam Ahmad rahimahullah: Apabila seseorang itu telah ternyata sebagai ahli bid’ah, maka beliau berpendirian wajib mendedahkan (menghibah) ahli bid’ah tersebut dan bid’ah yang dilakukannya. Ketika beliau ditanya:
قِيْلَ للاِمَامِ اَحْمَد : اَلرَّجُلُ يَصُوْمُ وَيُصَلِّي وَيَعْتَكِفُ اَحَبَّ اِلَيْكَ اَوْ يَتَكَّلَمُ فِى اَهْلِ الْبِدَعِ ؟ فَقَالَ : اِذَا صَامَ وَصَلَّى وَاعْتَكَفَ فَاِنَّمَا هُوَلِنَفْسِهِ وَاِذَا نَكَلَّمَ فِىاَهْلِ الْبِدَعِ فَاِنَّمَاللمُسْلِمِ هَذَا اَفْضَلُ

Ditanyakan kepada Imam Ahmad: Manakah yang paling engkau cintai, seorang yang solat, puasa dan i’tikaf ataukah orang yang memperkatakan (menghibah) ahli bid’ah? Maka beliau berkata: Apabila seseorang itu bersolat, puasa dan i’tikaf, itu hanya untuk dirinya sendiri. Apabila membincangkan (menghibah) keburukan ahli bid’ah, maka itu untuk kaum Muslimin. Inilah yang lebih utama”. (Lihat: مجموع الفتاوى 28/231. Ibn Taimiyah)Abu Zur’ah rahimahullah juga menjelaskan tentang al-Harith al-Mahasibi dan kitab-kitabnya, beliau berkata:
اِيَّاكَ وَهَذَهِ الْكُتُبُ ، هَذِهِ كُتُبٌ بِدْعٌ وَضَلاَلَةٌ ، فَعَلَيْك بِالأَثَرِ.
Hendaklah kamu berhati-hati terhadap buku-buku ini. Ini buku-buku (kitab-kitab) bid’ah dan sesat. Maka wajib bagi kamu berpegang kepada atsar (pegangan para sahabat)”. (Lihat: الاجوبة المفيدة عن اسئلة المناهج الجديدة hlm. 13. Soleh bin Fauzan)Walaupun mereka yang dighibah mempunyai beberapa kebaikan, namun pendirian dan sikap para ulama Salaf as-Soleh dengan niat untuk membanteras kemungkaran, kejahatan dan kesesatan, maka melalui kaedah Jarh wa-Ta’dil dibolehkan menghibah mereka demi untuk menghalang dari tersebarnya kemungkaran. Sebagai contoh, para ulama Salaf as-Soleh telah menghibah golongan Jahmiyah, Mu’tazilah, Khawarij dan semua firqah yang sesat dan penyesat.Begitu juga dibolehkan menghibah keburukan para perawi hadis demi untuk menyelamatkan kesahihan hadis, maka mereka tidak dilarang menghibah para perawi dengan menyebut kesalahan-kesalahan nya, seperti dikatakan Si Fulan mungkar, tidak dipercayai, lemah, pelupa, kazzab (pembohong) dan sebagainya. Imam asy-Syaukani berkata:Dan yang menjadi hujah atas hal ini adalah dalil-dalil yang jelas seperti hadis mengenai nasihat kepada Allah, kitab-Nya, Rasulnya dan para pemimpin Islam khususnya dan umat Islam umumnya kerana menjelaskan pembohongan para pendusta adalah merupakan nasihat yang paling besar kepada Allah dan Rasul-Nya. (Lihat: Raf’u ar-Raibah. Hlm. 27. Tahqiq Muhammad Ibrahim asy-Syaibani. Maktabah Ibnu Taimiyah)Ibnu Taimiyah juga banyak membantah, mengkritik dan menghibah Ahli Kalam, Jahmiyah, Mu’tazilah, Sufiyah dan Asy’ariyah. Ibnu Taimiyah menghibah al-Akhnai’i الأخنائي)), al-Bakari dan selain mereka.Dalam persoalan yang sama, Sheikh Dr. Rabi’ al-Madkhali pernah membantah kenyataan Salman al-Audah sebagaimana berikut, yang mana Salman al-Audah pernah berkata mengenai keadilan muwazanah, menurut beliau:Ketika kamu mengkritik sesebuah tulisan, maka tidak adil jika hanya mengatakan: Kitab ini termuat hadis-hadis palsu atau lemah dan pendapat-pendapat yang janggal. Kamu menyebut sudut keburukannya sedangkan melupakan sudut kebaikannya dari kitab tersebut. Misalnya jika kitab tersebut mengandungi berbagai-bagai kebaikan dan kajian ilmiyah maka jika hanya mendedahkan separuh dari kitab itu bererti telah melalaikan setengah yang lain, ini adalah tindakan yang curang. Ramai yang hanya memandang pada sudut kesalahan sahaja pada sebuah kitab yang ditahzir تحذير (diberi peringatan) disebabkan kitab itu mengandungi hadis lemah, atau disebabkan kesalahan pada suatu masalah. Seandainya kita perhatikan secara teliti kitab yang ditulis oleh para ulama dengan muwazanah ini, nescaya kita tidak akan temui suatu kitab pun yang sunyi dari kesalahan”. (Lihat: منهج اهل السنة والجماعة فى نقد الرجال والكتب والطوائف Dr. Rabi’ bin Hadi)Syeikh Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali hafizahullah apabila mengulas pendapat Salman al-Audah, beliau berkata:Adil lawannya zalim, apabila pada sesebuah kitab terdapat pelbagai bid’ah dan khurafat di dalamnya, kemudian ada orang Islam menasihati agar kaum muslimin berwaspada terhadap kitab tersebut maka ini bukanlah suatu kezaliman sedikitpun. Demikian juga apabila seorang memiliki aib atau bid’ah, lalu disebut hal tersebut, ini bukan bererti zalim atau mengumpat (ghibah). Tetapi ini adalah bentuk nasihat (yang dituntut. Pent.) dan merupakan suatu tanggungjawab menurut kalangan para ulama Islam. Yang dinamakan kezaliman adalah apabila meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, sedangkan menyebut aib dan bid’ah yang terdapat dalam sesebuah kitab atau aib yang terdapat pada seseorang dengan tujuan nasihat bagi kaum muslimin, maka itu adalah merupakan hal yang dituntut secara syariat. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kemaslahatan serta menghindari pelbagai kerosakan”. (Lihat: منهاج اهل السنة والجماعة فى نقد الرجال والكتب والطوائف , Syeikh Rabi’ bin Hadi)Dengan penjelasan di atas, bahawa menghibah penyelewengan dan hakikat kesesatan bid’ah yang ditulis oleh para penulis dan aktiviti bid’ah, semua itu adalah tindakan yang wajar menurut kesepakatan kaum muslimin agar umat berwaspada dan menjauhi kegiatan bid’ah, khurafat dan syirik. Malah dibolehkan menghibah dengan menyusun banyak kitab untuk melawan dan mengkritik ahli bid’ah (penyebar bid’ah), memberi peringatan kepada ahli Sunnah agar berhati-hati terhadap ahli bid’ah demi membela sunnah. Imam Yahya bin Yahya an-Naisaburi berkata: Membela sunnah lebih baik daripada jihad. (Keseluruhan wasiat ini dinukil dari: Manhaj Ahli Sunnah Dalam Mengkritik Tokoh, Kitab Dan Aliran. Oleh Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali)Menurut Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan:
اذا كان الْمنتَقَد من اهل السنة والجماعة ، واخطاؤه فى الامور التي لا تخِلّ بالعقيدة ، فنعم ، هذا تُذكر ميزاته وحسناته ، وتُغمر زلاته فى نصرته للسنة
Apabila yang dikritik itu Ahli Sunnah wal-Jamaah dan kesalahannya dalam perkara yang tidak berkaitan dalam masalah akidah. Ya! Sewajarnya disebut keistimewaan dan kebaikannya dan ditutup ketergelincirannya kerana pembelaannya terhadap sunnah”. (Lihat: الاجوبة المفيدة عن اسئلة المناهج الجديدة hlm. 29. Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, Darus Salaf)Beliau berkata lagi:
وَاَمَّا اذا كان المردود عليه من اهل السنة والجماعة فان الردَّ يكون بادب ، وينبَّه على اغلاطه التى تكون فى مسائل الفقه ومسائل الاستنباط والاجتهاد فنقول : فلان اخطا فى كذا والصواب كذا بالدليل غفر الله له ، وهكذا اجتهاده ، وهكذا كما كانت الردود بين الفقهاء من المذاهب الاربعة وغيرهم ، وهكذا لا بقدح فى مكانته العلمية اذا كان من اهل السنة والجماعة. واهل السنة والجماعة ليسوا معصومين ، عندهم اخاء وقد يفوت احدهم الدليل او اختلال الاستنباط ، فلا نسكت على الخطأ وانما نبينه مع الاعتذار عنه. لِقَوْلِ النبي صَلَّى اللهُ عليه وسلم :
Sedangkan apabila yang dikritik itu adalah Ahli Sunnah wal-Jamaah, dalam mengkritik harus menggunakan adab-sopan. Kemudian menjelaskan kesalahannya dalam masalah-masalah fiqh, istimbat dan ijtihad. Beginilah bantah-membantah di kalangan fuqaha antara imam yang empat dan selain mereka. Ini dalam masalah-masalah fiqh. Dan ini tidak tercela secara ilmiyah. Ahli Sunnah wal-Jamaah tidak maksum. Mereka mempunyai kekeliruan-kekeliru an, kadang-kadang mereka belum mendaptkan dalil atau salah istimbat. Maka kita jelaskan kesalahannya dan tidak diam atas hal ini. Kemudian kita memberi uzur kepadanya kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
اِذَا اجْتَهَدَ الْحَاكِمُ فَاَصَابَ فَلَهُ اَجْرَانِ ، وَاِنْ اجْتَهَدَ فَاَخْطَاَ فَلَهُ اَجْرٌ وَاحِدٌ.
Apabila seorang hakim (mujtahid) telah berijtihad dan benar maka baginya dua pahala. Apabila dia berijtihad dan salah maka baginya satu pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari. 6919. Dan Muslim. 1718)
اما اذا كان فى مسائل العقيدة فانه لا يجوز لنا ان نمدح المضللين والمخلفين لأهل السنة والجماعة من : معتزلة ، وجهمية ، وزنادقة وملاحدة ، واناس مشبوهين فى هذا العصر وما اكثرهم
Adapun dalam masalah-masalah akidah, tidak dibenarkan bagi kita memuji-muji penyesat dan penyimpang dari Ahli Sunnah wal-Jamaah, seperti Mu’tazilah, Jahmiyah, Zanadiqah dan Mulahadah. Dan dewasa ini terlalu ramai manusia yang tergelincir (lantaran masalah yang timbulkankan oleh para penyesat. Pent.)”.
اَمَّا اذا كان المنتَقَد من اهل الضلال ، ومن اهل الانحراف ومن اهل المبادئ الهدَّامة او المشبوهة ، فهذا لايجوز لنا ان نذكر حسناته ان كان له حسنات
Oleh kerana itu jika yang dikritik para penyesat, penyeleweng dan pencipta prinsip-prinsip yang menghancurkan dan syubhat, maka tidak boleh bagi kita menyebutkan kebaikan-kebaikanny a walaupun dia mempunyai banyak kebaikan”. (Hadis Riwayat Bukhari, 6919. Dan Muslim, 1718)Selanjutnya beliau menjelaskan:
لأننا اذا ذكرناها فان هذا يغرر بالناس ، فيحسنون الظن بهذا الضال ، او المبتدع ، او هذا الخرافى ، او الحزبي ، فيقبلون افكار هذا الضال ، او هذا المبتدع ، او ذاك المتحزب
Jika sekiaranya kita menyebutkan kebaikan-kebaikanny a, ini bererti kita menipu manusia, sehingga mereka bersangka baik (فيحسنون الظن) kepada penyesat ini atau ahli bid’ah atau ahli khurafat atau orang-orang yang suka hizbi. Mereka (orang awam. Pent.) akan menerima buah fikiran penyesat, ahli bid’ah atau (orang-orang) hizbi tersebut”. (Hadis Riwayat Bukhari, 6919. Dan Muslim, 1718)Kedua: Dibolehkan menghibah semasa membuat aduan atau meminta bantuan kepada pihak yang berkuasa seperti menceritakan sifat seseorang semasa membuat aduan atau laporan kepada mereka. Memberi keterangan kepada hakim, mahkamah sivil, mahkamah syariah dan sebagainya, iaitu berdasarkan hadis:Dari Aisyah radiallahu anha berkata: Hindun, isteri Abu Sufyan pernah mengadu kepada Rasulullah: Sesungguhnya Abu Sufyan orang yang lokek, tidak memberi nafkah yang cukup buat anak-anakku, sehingga aku mengambil dari hartanya tanpa pengetahuan darinya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Ketiga: Dibolehkan ghibah dan menceritakan sifat orang yang dighibah untuk meminta fatwa. Seperti seseorang berkata: Si Fulan telah menzalimiku dengan membuat itu dan ini.Keempat: Kerana kemaslahatan umum. Seperti peranan akhbar (mas media) menceritakan sifat seseorang yang hilang agar mudah dikesankan. Begitu juga dalam usaha membenteras keganasan, maksiat, mengesan orang-orang yang membahayakan orang-orang awam dan sebagainya.Kelima: Menyebut (Menghibah) keaiban (menjarh) saksi palsu (yang membuat pengakuan atau persaksian palsu) dalam persoalan yang berkaitan dengan nyawa (darah) kehormatan atau harta. Iaitu berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
لَيُّ الْوَاجِدِ يُحِلُّ عِرْضَهُ وُعُقُوْبَتَهُSeseorang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak membayarnya, maka halal kehormatannya dan hartanya. (Hadis ini disahihkan oleh syeikh al-Albani rahimahullah. Lihat: Al-Misykah, No. 2919)Menurut al-Munawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadis di atas ini bahawa: لَيُّ الْوَاجِدِ bermaksud: Orang kaya. (Lihat: Kitab Faidhul Qadir (dalam mensyarahkan hadis ini). Oleh al-Munawi) Di dalam kalimah عُقُوْبَتُهُ ia membawa maksud: “Seorang hakim membantu melaksanakan hukuman terhadap yang tidak mahu membayar hutangnya dengan cara disebat atau dipenjarakan” . (Lihat: Kitab Faidhul Qadir (dalam mensyarahkan hadis ini). Oleh al-Munawi) Penjelasan ini menandakan bahawa orang kaya yang tidak mahu membayar hutangnya boleh dighibah sebagai peringatan kepadanya.Walau bagaimanapun tidak dihalalkan menghibah orang yang telah bertaubat dari kesalahannya, sebagaimana larangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam terhadap mereka yang menghibah al-Aslami radiallahu ‘anhu yang telah bertaubat, yang mana setelah bertaubat beliau mendatangi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk membersihkan dirinya dari dosa berzina sehingga dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. (Lihat: Al-Ghibah wa-Atsaruha fi al-Muhtama, Bab 2, Syeikh Husin al-Awayisyah)Tidak Menyebutkan Kebaikan (Muwazanah/Timbanga n) Kepada Ahli Bid’ah (Perosak Agama) Ketika Mengkritik KesesatannyaErti atau makna muwazanah (موازنة) secara bahasa ialah: “Penilaian Seimbang”. Namun maksud yang dikehendaki oleh pencetus manhaj ini ialah: Apabila mengkritik tentang keburukan atau kesalahan seseorang wajib disebutkan juga kebaikan-kebaikanny a.Para ulama Salaf as-Soleh tidak menerima secara mutlak dan tidak menolak secara mutlak akan prinsip muwazahan, keranaa muwazanah (الموازنة) termasuk bab al-Insaf (الانصاف) atau ‘adl.Tetapi kenyataan sebenar dari penggunaan kalimah (Muwazanah) yang bid’ah ini telah disalah guna oleh golongan ahli bid’ah seperti golongan Ikhwanul Muslimin dan yang sealiran dengannya. Mereka mendifinisikan muwazanah secara hawa nafsu. Muwazanah meurut mereka ialah:Apabila menilai, mengkritik atau mengomentar seseorang individu atau jamaah tentang keburukannya, maka wajib ada muwazanah iaitu (menimbang) sudut kebaikannya dengan menyebut kebaikannya di samping muwazanah (menimbang) sudut keburukannya, supaya berlaku adil dan tidak berlaku zalim. Sama ada bermuwazanah pada hasil tulisan seperti kitab, makalah, ceramah, sikap, amalan atau sebagainya”.Manhaj muwazanah yang seperti ini adalah manhaj yang bid’ah kerana ia sangat asing, malah ternyata amat bertentang dengan manhaj Salaf as-Soleh. Muwazanah telah menjadi manhaj baru kepada ahli bid’ah dan kepada orang-orang yang gemar membela bid’ah seperti kelompok Khawarij dan golongan hizbiyah. Golongan pertama yang menyerukan “Muwazanah” ialah Yayasan al-Hikmah, Ikhwanul Muslimin dan Sururiyun. (Lihat: إعلام اخوان بما قاله المحدث العلامة مقبل الوادعي أبوعبدالرحمن في الداعية عبدالرحمن عبدالخالق وجمعيته ومجلتة الفرقان. )Walaupun orang-orang munafik, orang-orang fasik, orang-orang syirik, orang-orang zalim, Yahudi, Nasrani serta Majusi, mereka juga mempunyai kebaikan-kebaikan. Namun, Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagai Rabb (Tuhan) kita, dalam membantah orang-orang fasik, zalim, syirik atau orang-orang kafir sama ada Yahudi, Nasrani dan Majusi yang nyata telah berbuat dosa maka Allah tidak menyebut kebaikan mereka walaupun sedikit. Inilah manhaj yang wajib kita ikuti sebagai manhaj pegangan para Nabi, para Rasul dan para ulama Salaf as-Soleh.Pendirian para ulama Salaf as-Soleh dalam mengkritik dan membantah kemungkaran, kejahatan dan kesesatan Jahmiyah, Mu’tazilah, Khawarij dan semua firqah yang sesat dan penyesat, sama sekali tidak menyebutkan kebaikan mereka. Kerana semua kebaikan mereka tertutup dan terhapus dengan kejahatan, kesesatan, kekufuran dan bid’ah-bid’ah yang mereka lakukan.Begitu juga, al-Quran telah memuji orang-orang beriman, tetapi tidak menyebutkan kesalahan mereka, sebaliknya mencela orang-orang kafir dan munafik namun tidak menyebutkan pula kebaikan mereka. (Lihat: منهج اهل السنة والجماعة فى نقد الرجال والكتب والطوائف Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali)

Enjoylah Melihat Seri Muka Isteri

Cuba kita, suami, perhatikan kebahagian hidup isteri kita. Cuma kita tengok betul betul bahagianya isteri kita. Kalau kita tidak perhatikan, kita akan terlepas satu nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Lihat bagaimana kegembiraan isteri kita. Lihat bagaimana gelak ketawa isteri kita. Perhatikan seri seri muka isteri kita. Saya tidak membincangkan kecantikan isteri kita. Mungkin isteri kita pada masa ini tidak ada lagi cantik badannya. Yang tinggal mungkin muka yang tembam dan tiada lagi potongan umur 20s nya. Yang ada mungkin lengan yg membesar, yang ingin menandingi batang pinang. Daging batang pinang adalah daging yang sedap dimakan dan menjadi rebutan, Cuma saiz batang pinang tangan isteri boleh menumbangkan kita kalau dihayun kepada kita.

Saya membincangkan seri muka isteri. Lihat seri muka isteri bila beliau bergurau dengan anak remaja kita. Kalau kita lihat seri muka isteri yang ada adalah muka yang stress dan penuh tekanan, mungkin kita kena melihat kembali kepada diri kita. Mungkin kita menjadikan isteri kita bagaikan orang gaji. Mungkin sebagai second class. Ye lah, kalau asyik diherdik. Kalau pandangan nya sentiasa tidak diambil kira. Maka kita perlu memperbaiki cara kita melayan isteri kita.

Saya bukan suami mithali. Tapi saya enjoy melihat kegembiran dan seri muka isteri apabila beliau bergurau dan melayan anak anak. Terutama bila gurau sendanya bersama anak remaja perempuan kami. Rasanya ada tanda tanda bahagia disitu. Jika anda, suami, belum pernah memerhati kegembiraan isteri, maka cuba cubalah buat.

Bukankah menggembirakan isteri itu satu dari sifat agung Rasullullah saw.