Sunday, September 13, 2009

KB 8531

Ingat tak ? Dua tiga hari lepas saya ada postkan satu gambar dulang tembaga kepunyaan keluarga yang telah dibersihkan dan digilapkan semula. Rupanya, gambar tersebut mendapat komentar yang amat mengujakan dari kalangan ahli JahPaQ. Tak ketinggalan, Abang Zulkhairi pun sama-sama menyumbang komentar. Hasilnya, beliau forwardkan gambar motor abah yang pertama yang menjadi sejarah kehidupan keluarga kami dari kecik hingga sekarang.

Motor KB8531 ni adalah motor Honda Cup 50cc. Dibeli oleh abah dari Tok Wa Ya (Arwah Zakaria Bin Osman - bapak saudara sulung abah). Kalau tak silap sekitar hujung 60an. Motor nilah yang 100% digunakan sebagai transport keluarga sampailah pada pada 1984 baru ditambah dengan motor lain PAX 8323.

Motor KB 8531 ni lama dok terbenam dalam stor bangsal belakang rumah sampailah Abang Zulkhairi kutip dan buat balik macam warna hijau tu.


Terima kasih Abang Zulkhairi sebab menyimpan kenangan. Hak lain tu tak penting sangat, yang sayang sangat tu tang Nombor Dia tu....

Friday, September 11, 2009

Abah & Mak

Nak kenal tak siapa ? Inilah Haji Jaafar Bin Pin. Dilahirkan pada 9/1/1946. Cucu kepada Tok Seman Benua ini mempunyai latarbelakang yang akan saya terbitkan ebook dalam masa terdekat.


Ini pula adalah Hajjah Zainab Binti Hashim. Ianya juga dikenali sebagai Jah sebagai nama panggilannya. Terdapat sejarah yang akan diceritakan berkenaan nama panggilan ini. Juga boleh dibaca di dalam ebook yang akan diterbitkan sedikit masa lagi.

Klik Disini untuk melihat lebih banyak gambar lagi.

Masa kemas loteng atas rumah di Kodiang tempohari, aku terjumpa dulang mak ni. Kalau tak silap, dulang ni mak bawa balik dari Mekah.

Punyalah tak cantik dulang ni masa tu. Aku pun teringin nak ambik sebab tahu kalau biar saje tentunya ianya akan jadi satu benda yang tak berguna pun.

Balik di KL, aku suruh staf-staf aku simpan hampas asam jawa kalau mereka buat Kordial Asam dikilang nanti. Atas kerjasama staff aku Salim & Agus, mereka dah bekalkan aku hampas asam jawa sampai sebaldi. Nampak tak tempelan asam jawa di bahagian atas dulang tu.

Selepas berhari-hari menyental, nak tengok tak hasilnya

Thursday, September 10, 2009

Cucu & AtokSu



Malam Ahad (6/9/09), kami sekeluarga berbuka di rumah Mak Tok (AmanPutra). Seperti kelaziman, keluarga aku mesti keluarga paling last sampai. Bila kami sampai orang lain semua dah berbuka.
Pelbagai hidangan juadah ada. Kami bawa roti jala sedulang. Petang tadi sekeluarga buat. Tah macam mana tah tiba-tiba pulak Mama tergerak hati nak buat roti jala. Nah..Hah... sekilo tepung di hentam. Kuah tak sempat buat, beli saje kat kedai mamak.
Antara yang hadir termasuklah keluarga Syareen, keluarga Adik Shahariah, Uncle Zai dengan Orang Putih mana tah, Madie dan Waie, Mak Su dan Pak Su mesti punye, Mak Yak.
Gambar : Aleya & Khairina menerai motor Tok Su Hasnol.