Hari ni pagi-pagi lagi anak-anakku dah kejut aku dari tidur. Mereka minta aku join mereka dan beri sokongan kerana mereka ada acara sukan di sekolah. Ketiga-tiga mereka iaitu Ilyana, Syazlina dan Haziq beria sakan nak ke sekolah. Memandangkan aku dulu-dulu tak pernah bagi sokongan moral nak ke sekolah mereka semasa sibuk bekerja di Ramly Burger dulu, maka kesempatan terluang tak aku lepaskan peluang. Aku pun sama-sama, lepas sahaja sembahyang subuh terus ke sekolah bersama mereka bertiga.
Sampai sahaja di sekolah, kami terus ke kantin. Tapi yang sedih sikit, seorang dari kami iaitu Syazlina, belum acara bermula dah kecundang. Dia sakit ulu hati le pulak. Jadi lepas sahaja makan di kantin, aku terpaksa hantar Syazlina pulang ke rumah. Kesian dia, sedangkan pagi tadi dialah yang paling semangat nak datang hari sukan ni.
Di bawah adalah beberapa gambar untuk acara ni. Yana masuk acara perbarisan dan Haziq masuk acara buat perangai. Dari mula sampai hingga nak balik, habis diut aku dekat RM 10.00 kerana dok melayan perangai dia.